Moh Kita Ke Sekolah :)
♥ Recent Posts ♥
Wednesday, 26 December 2012
Joy And Fear At The Same Time
Monday, 24 December 2012
Wishes From The Blogger :)
p/s : video atas ni best, tengoklah :)
Saturday, 22 December 2012
Hidup Yang Indah :)
10 Rahsia Untuk Hidup Indah
❤ CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup,
mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat
dan indah luar biasa.
❤ RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang
semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat
kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan. So, what are you waiting for, let’s do it.
❤ BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup.
Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan
hidup penuh syukur.
❤ BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya
tanda minimal, yakin senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya
yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.
❤ FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak biasa
memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang
akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.
❤ BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi
adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih
sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.
❤ KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang
selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita
lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.
❤ KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih
ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.
❤ KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita
adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih
kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka.
❤ KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal.
Sumber : Har har har har har har ❤
Thursday, 20 December 2012
Sahabat Sejati ♥
10 PERKARA YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU UNTUK MENGENALI SAHABAT SEJATI ANDA
1. Sahabat yang sejati, tidak ramai.
Ertinya, jika anda mahu mengenal siapa sahabat
anda yang sebenar, selalunya dia adalah di antara mereka yang istimewa dalam
hidup anda. Dia bukan sekadar kenalan anda yang begitu ramai, tetapi tidak pula
membawa kesan atau memori yang berkekalan.
2. Sahabat yang sebenar, jujur.
Kejujuran di sini bermakna anda dan sahabat
anda boleh sama-sama memberi pendapat dan komen demi kebaikan, bukan sekadar
menyedapkan hati dan telinga dengan pujian tidak ikhlas. Walaupun kadangkala
pedih, ia dilakukan demi kebaikan bersama.
3. Sahabat yang baik, berhati ikhlas.
Jarang sekali manusia melakukan kebaikan
kecuali mereka mahukan sesuatu sebagai balasan. Jadi, anda perlu ambil tahu
sama ada sahabat anda itu ikhlas hatinya atau pun tidak. Jika dia ikhlas, maka
kemungkinan besar dia adalah sahabat yang sejati.
4. Sahabat yang elok, tidak menilai.
Dalam hidup, semua orang menilai kita dan
membuat tanggapan yang (selalunya) salah atau tidak tepat. Akan tetapi, sahabat
yang elok tidak pula menilai diri anda, malah dia menerima diri anda seadanya
seperti juga anda menerima dirinya sepenuhnya.
5. Sahabat yang mengerti, mahu mendengar.
Asalkan kena pada caranya dan anda tidak pula
terlalu meminta perhatian, sahabat anda sentiasa mahu mendengar segala keluhan
rasa hati anda yang tidak diketahui orang lain. Oh ya, jangan lupa anda juga
perlu mendengar suara hati sahabat anda itu!
6. Sahabat yang sejati, setia bersama.
Seseorang yang bergelar sahabat menemani anda
bukan hanya ketika waktu ketawa, tetapi lebih utama, waktu kita sedang menangis
dan kesepian kerana dilanda kesusahan dan kepayahan. Bagaimana pula kisahnya
dengan sahabat baik anda?
7. Sahabat yang sebenar, menyimpan rahsia.
Adakah sahabat baik anda seorang yang boleh
dipercayai? Adakah dia seorang yang jujur dalam menyimpan segala rahsia dan
kejelekan diri anda yang dia tahu? Jika tidak, maka kemungkinan besar gelaran
itu terlalu tinggi untuk diberikan kepadanya.
8. Sahabat yang baik, tidak menikam curi.
Ramai yang sering mengaku sahabat tetapi tidak
setia dalam persahabatan. Jika anda pernah ditikam dari belakang oleh sahabat
yang anda beri kepercayaan, masihkah
anda memanggil insan itu sahabat? Adakah layak dia itu dilihat sebagai seorang
sahabat?
9. Sahabat berbudi boleh dibawa pulang ke
rumah.
Jika anda masih merasakan sahabat anda itu
tidak boleh dibawa pulang, misalnya untuk bertemu ibu bapa anda, besar
kemungkinan dia bukanlah sahabat sebenar (ini pesan yang diberikan oleh salah
seorang sahabat baik saya). Memang benar, ada ‘sahabat’ yang hanya layak dibuat
sahabat tepian jalan saja.
10. Sahabat yang layak digelar sahabat,
membawa kebaikan!
Tidaklah dipanggil sahabat jika dia membawa
anda ke arah kerosakan atau anda yang membawa sahabat anda itu ke arah
kerosakan juga. Jika anda dan dia sama-sama boleh menjadi manusia yang lebih
baik, nah itulah yang dipanggil persahabatan seorang sahabat sejati. Seorang
rakan dan teman sampai ke mati!
Sumber : Airil Haimi Adnan untuk majalah ‘Rapi’,
ruangan ‘Motivasi’, 1 November 2006