Navigations

♥ Recent Posts ♥

Wednesday 26 December 2012

Joy And Fear At The Same Time

Hai, apa khabar semua? Harap-harap semua pembaca dan bloggers sihat. Hmm, sebenarnya saja nak share sikit pandangan saya terhadap tahun depan ( 2013 ). Mungkin ni ialah post terakhir untuk tahun ni.

Hmm, cuti sekolah hampir nak habis, nanti kena pergi sekolah tak lama lagi. Mesti tak sabar kan nak pergi sekolah. Baju baru, beg sekolah baru, kotak pensel baru, semua barulah katakan. Ish, macam pemboros pula ayat tu! Hahaha. Ya lah, dah lah beg sekolah saya dah berlubang, buku pun boleh ambil dari lubang tu. Haishhhh !!!

Tak sabar nak beli barang untuk sekolah nanti. Eh, baru nak beli ke? Hehehe. Biasalah tu. Last minute preparation. Buku sekolah pun belum balut lagi, erghhh, nanti nak balut lah ni :P Hanya baju sekolah je dah beli. Dalam checklist untuk persiapan ke sekolah, banyak yang belum di-check lagi. Nanti selepas pergi shopping hari Jumaat ni, baru kena check-kan barang sekolah dalam checklist saya tu.

Hm, walaupun saya tak sabar nak pergi ke sekolah, tapi rasa macam takut sikit sebab tahun depan saya PMR. Ya lah, Sejarah, KH (4) dan Geografi saya belum cover lagi. Takut. Tapi saya tahu saya boleh buat. Ya, saya boleh. Cuma saya kena berusaha sikit lagi untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Nak cipta sejarah ni sebab kan PMR tahun 2013 adalah tahun yang terakhir adanya PMR. So, Team98 lah batch terakhir yang akan menduduki PMR. 

Apa lagi Batch98's, jom lah kita bersama-sama mencipta sejarah tahun depan dengan keputusan yang cemerlang untuk masa depan kita dan ibu bapa kita yang menaruh harapan yang tinggi terhadap kita. 
Kan, kan ? Hehehe.

Moh Kita Ke Sekolah :)

p/s : Yang atas ni saja je :P Peace.

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Monday 24 December 2012

Wishes From The Blogger :)

Merry Christmas To Everyone Who Celebrates All Around The World ^_^


p/s : video atas ni best, tengoklah :)


♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Saturday 22 December 2012

Hidup Yang Indah :)

Hai Semua !!! Hari ni hari lahir adik saya. Selamat Hari Lahir, Adikku Yang Annoying ! Ha ha ha ....
Semestinya semua nak hidup yang indah bukan tapi kalau tak buat apa-apa mana datangnya keindahan itu yang kamu semua nak. Ah, mesti kena buat sesuatu atau kena mencurahkan sesuatu pada hidup kamu semua yang agak 'kering' tu. Jom kita bersama-sama 'menyelami' artikel yang saya diberi khas daripada Mr. Google. Ha ha ha ha ha ha !!! *terlebih pula*

10 Rahsia Untuk Hidup Indah

 CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

 RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan. So, what are you waiting for, let’s do it.

 BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

 BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakin senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

 FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak biasa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

 BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

 KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

 KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

 KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka.

 KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal.


♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Thursday 20 December 2012

Sahabat Sejati ♥

Selamat Pagi, semua ! Eh, sekarang pukul berapa ya ? Err, hihi, sorry ya. 
Tapi tak apa, Apa-apa pun Selamat Sejahtera, pembaca blog ni dan bloggers !

Hmmm, hari ni 21.12.2012. News feed FB saya penuh dengan ' hari kiamat ' & ' the world end '. Ish, apalah. Tak tengok berita ke? Kan NASA dah bagitahu yang 21st of December 2012 is not the end of the world. Tengok ke tak, ahh? Apa-apa pun kita mestilah percaya Tuhan, kan2 ? *tiba-tiba merepek pula*

Ah, hari ni saja nak share tentang sahabat sejati. Apa itu 'sahabat sejati'? Lah, tak tahu ke? Tak tahu macam mana nak mengenali siapa sahabat sejati kamu semua? Ah, sekarang jom kita bersama-sama menerjah artikel yang saya jumpa dari Mr. Google kita ni. Hehehe, jom2 !!!!

10 PERKARA YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU UNTUK MENGENALI SAHABAT SEJATI ANDA

1. Sahabat yang sejati, tidak ramai.

Ertinya, jika anda mahu mengenal siapa sahabat anda yang sebenar, selalunya dia adalah di antara mereka yang istimewa dalam hidup anda. Dia bukan sekadar kenalan anda yang begitu ramai, tetapi tidak pula membawa kesan atau memori yang berkekalan.

2. Sahabat yang sebenar, jujur.

Kejujuran di sini bermakna anda dan sahabat anda boleh sama-sama memberi pendapat dan komen demi kebaikan, bukan sekadar menyedapkan hati dan telinga dengan pujian tidak ikhlas. Walaupun kadangkala pedih, ia dilakukan demi kebaikan bersama.

3. Sahabat yang baik, berhati ikhlas.

Jarang sekali manusia melakukan kebaikan kecuali mereka mahukan sesuatu sebagai balasan. Jadi, anda perlu ambil tahu sama ada sahabat anda itu ikhlas hatinya atau pun tidak. Jika dia ikhlas, maka kemungkinan besar dia adalah sahabat yang sejati.

4. Sahabat yang elok, tidak menilai.

Dalam hidup, semua orang menilai kita dan membuat tanggapan yang (selalunya) salah atau tidak tepat. Akan tetapi, sahabat yang elok tidak pula menilai diri anda, malah dia menerima diri anda seadanya seperti juga anda menerima dirinya sepenuhnya.

5. Sahabat yang mengerti, mahu mendengar.

Asalkan kena pada caranya dan anda tidak pula terlalu meminta perhatian, sahabat anda sentiasa mahu mendengar segala keluhan rasa hati anda yang tidak diketahui orang lain. Oh ya, jangan lupa anda juga perlu mendengar suara hati sahabat anda itu!

6. Sahabat yang sejati, setia bersama.

Seseorang yang bergelar sahabat menemani anda bukan hanya ketika waktu ketawa, tetapi lebih utama, waktu kita sedang menangis dan kesepian kerana dilanda kesusahan dan kepayahan. Bagaimana pula kisahnya dengan sahabat baik anda?

7. Sahabat yang sebenar, menyimpan rahsia.

Adakah sahabat baik anda seorang yang boleh dipercayai? Adakah dia seorang yang jujur dalam menyimpan segala rahsia dan kejelekan diri anda yang dia tahu? Jika tidak, maka kemungkinan besar gelaran itu terlalu tinggi untuk diberikan kepadanya.

8. Sahabat yang baik, tidak menikam curi.

Ramai yang sering mengaku sahabat tetapi tidak setia dalam persahabatan. Jika anda pernah ditikam dari belakang oleh sahabat yang  anda beri kepercayaan, masihkah anda memanggil insan itu sahabat? Adakah layak dia itu dilihat sebagai seorang sahabat?

9. Sahabat berbudi boleh dibawa pulang ke rumah.

Jika anda masih merasakan sahabat anda itu tidak boleh dibawa pulang, misalnya untuk bertemu ibu bapa anda, besar kemungkinan dia bukanlah sahabat sebenar (ini pesan yang diberikan oleh salah seorang sahabat baik saya). Memang benar, ada ‘sahabat’ yang hanya layak dibuat sahabat tepian jalan saja.

10. Sahabat yang layak digelar sahabat, membawa kebaikan!

Tidaklah dipanggil sahabat jika dia membawa anda ke arah kerosakan atau anda yang membawa sahabat anda itu ke arah kerosakan juga. Jika anda dan dia sama-sama boleh menjadi manusia yang lebih baik, nah itulah yang dipanggil persahabatan seorang sahabat sejati. Seorang rakan dan teman sampai ke mati!


SumberAiril Haimi Adnan untuk majalah ‘Rapi’, ruangan ‘Motivasi’, 1 November 2006


♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...