Navigations

♥ Recent Posts ♥

Wednesday, 26 December 2012

Joy And Fear At The Same Time

Hai, apa khabar semua? Harap-harap semua pembaca dan bloggers sihat. Hmm, sebenarnya saja nak share sikit pandangan saya terhadap tahun depan ( 2013 ). Mungkin ni ialah post terakhir untuk tahun ni.

Hmm, cuti sekolah hampir nak habis, nanti kena pergi sekolah tak lama lagi. Mesti tak sabar kan nak pergi sekolah. Baju baru, beg sekolah baru, kotak pensel baru, semua barulah katakan. Ish, macam pemboros pula ayat tu! Hahaha. Ya lah, dah lah beg sekolah saya dah berlubang, buku pun boleh ambil dari lubang tu. Haishhhh !!!

Tak sabar nak beli barang untuk sekolah nanti. Eh, baru nak beli ke? Hehehe. Biasalah tu. Last minute preparation. Buku sekolah pun belum balut lagi, erghhh, nanti nak balut lah ni :P Hanya baju sekolah je dah beli. Dalam checklist untuk persiapan ke sekolah, banyak yang belum di-check lagi. Nanti selepas pergi shopping hari Jumaat ni, baru kena check-kan barang sekolah dalam checklist saya tu.

Hm, walaupun saya tak sabar nak pergi ke sekolah, tapi rasa macam takut sikit sebab tahun depan saya PMR. Ya lah, Sejarah, KH (4) dan Geografi saya belum cover lagi. Takut. Tapi saya tahu saya boleh buat. Ya, saya boleh. Cuma saya kena berusaha sikit lagi untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Nak cipta sejarah ni sebab kan PMR tahun 2013 adalah tahun yang terakhir adanya PMR. So, Team98 lah batch terakhir yang akan menduduki PMR. 

Apa lagi Batch98's, jom lah kita bersama-sama mencipta sejarah tahun depan dengan keputusan yang cemerlang untuk masa depan kita dan ibu bapa kita yang menaruh harapan yang tinggi terhadap kita. 
Kan, kan ? Hehehe.

Moh Kita Ke Sekolah :)

p/s : Yang atas ni saja je :P Peace.

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Monday, 24 December 2012

Wishes From The Blogger :)

Merry Christmas To Everyone Who Celebrates All Around The World ^_^


p/s : video atas ni best, tengoklah :)


♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Saturday, 22 December 2012

Hidup Yang Indah :)

Hai Semua !!! Hari ni hari lahir adik saya. Selamat Hari Lahir, Adikku Yang Annoying ! Ha ha ha ....
Semestinya semua nak hidup yang indah bukan tapi kalau tak buat apa-apa mana datangnya keindahan itu yang kamu semua nak. Ah, mesti kena buat sesuatu atau kena mencurahkan sesuatu pada hidup kamu semua yang agak 'kering' tu. Jom kita bersama-sama 'menyelami' artikel yang saya diberi khas daripada Mr. Google. Ha ha ha ha ha ha !!! *terlebih pula*

10 Rahsia Untuk Hidup Indah

 CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

 RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan. So, what are you waiting for, let’s do it.

 BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

 BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakin senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

 FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak biasa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

 BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

 KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

 KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

 KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka.

 KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal.


♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Thursday, 20 December 2012

Sahabat Sejati ♥

Selamat Pagi, semua ! Eh, sekarang pukul berapa ya ? Err, hihi, sorry ya. 
Tapi tak apa, Apa-apa pun Selamat Sejahtera, pembaca blog ni dan bloggers !

Hmmm, hari ni 21.12.2012. News feed FB saya penuh dengan ' hari kiamat ' & ' the world end '. Ish, apalah. Tak tengok berita ke? Kan NASA dah bagitahu yang 21st of December 2012 is not the end of the world. Tengok ke tak, ahh? Apa-apa pun kita mestilah percaya Tuhan, kan2 ? *tiba-tiba merepek pula*

Ah, hari ni saja nak share tentang sahabat sejati. Apa itu 'sahabat sejati'? Lah, tak tahu ke? Tak tahu macam mana nak mengenali siapa sahabat sejati kamu semua? Ah, sekarang jom kita bersama-sama menerjah artikel yang saya jumpa dari Mr. Google kita ni. Hehehe, jom2 !!!!

10 PERKARA YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU UNTUK MENGENALI SAHABAT SEJATI ANDA

1. Sahabat yang sejati, tidak ramai.

Ertinya, jika anda mahu mengenal siapa sahabat anda yang sebenar, selalunya dia adalah di antara mereka yang istimewa dalam hidup anda. Dia bukan sekadar kenalan anda yang begitu ramai, tetapi tidak pula membawa kesan atau memori yang berkekalan.

2. Sahabat yang sebenar, jujur.

Kejujuran di sini bermakna anda dan sahabat anda boleh sama-sama memberi pendapat dan komen demi kebaikan, bukan sekadar menyedapkan hati dan telinga dengan pujian tidak ikhlas. Walaupun kadangkala pedih, ia dilakukan demi kebaikan bersama.

3. Sahabat yang baik, berhati ikhlas.

Jarang sekali manusia melakukan kebaikan kecuali mereka mahukan sesuatu sebagai balasan. Jadi, anda perlu ambil tahu sama ada sahabat anda itu ikhlas hatinya atau pun tidak. Jika dia ikhlas, maka kemungkinan besar dia adalah sahabat yang sejati.

4. Sahabat yang elok, tidak menilai.

Dalam hidup, semua orang menilai kita dan membuat tanggapan yang (selalunya) salah atau tidak tepat. Akan tetapi, sahabat yang elok tidak pula menilai diri anda, malah dia menerima diri anda seadanya seperti juga anda menerima dirinya sepenuhnya.

5. Sahabat yang mengerti, mahu mendengar.

Asalkan kena pada caranya dan anda tidak pula terlalu meminta perhatian, sahabat anda sentiasa mahu mendengar segala keluhan rasa hati anda yang tidak diketahui orang lain. Oh ya, jangan lupa anda juga perlu mendengar suara hati sahabat anda itu!

6. Sahabat yang sejati, setia bersama.

Seseorang yang bergelar sahabat menemani anda bukan hanya ketika waktu ketawa, tetapi lebih utama, waktu kita sedang menangis dan kesepian kerana dilanda kesusahan dan kepayahan. Bagaimana pula kisahnya dengan sahabat baik anda?

7. Sahabat yang sebenar, menyimpan rahsia.

Adakah sahabat baik anda seorang yang boleh dipercayai? Adakah dia seorang yang jujur dalam menyimpan segala rahsia dan kejelekan diri anda yang dia tahu? Jika tidak, maka kemungkinan besar gelaran itu terlalu tinggi untuk diberikan kepadanya.

8. Sahabat yang baik, tidak menikam curi.

Ramai yang sering mengaku sahabat tetapi tidak setia dalam persahabatan. Jika anda pernah ditikam dari belakang oleh sahabat yang  anda beri kepercayaan, masihkah anda memanggil insan itu sahabat? Adakah layak dia itu dilihat sebagai seorang sahabat?

9. Sahabat berbudi boleh dibawa pulang ke rumah.

Jika anda masih merasakan sahabat anda itu tidak boleh dibawa pulang, misalnya untuk bertemu ibu bapa anda, besar kemungkinan dia bukanlah sahabat sebenar (ini pesan yang diberikan oleh salah seorang sahabat baik saya). Memang benar, ada ‘sahabat’ yang hanya layak dibuat sahabat tepian jalan saja.

10. Sahabat yang layak digelar sahabat, membawa kebaikan!

Tidaklah dipanggil sahabat jika dia membawa anda ke arah kerosakan atau anda yang membawa sahabat anda itu ke arah kerosakan juga. Jika anda dan dia sama-sama boleh menjadi manusia yang lebih baik, nah itulah yang dipanggil persahabatan seorang sahabat sejati. Seorang rakan dan teman sampai ke mati!


SumberAiril Haimi Adnan untuk majalah ‘Rapi’, ruangan ‘Motivasi’, 1 November 2006


♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Thursday, 15 November 2012

Bentuk Gigi Menentukan Siapakah Anda ?

Hai semua. Hari ini adalah pagi yang indah, bukan? eh, dah pukul 1 tengah hari lebih, masih lagi pagi....Haha biasalah. Maklumlah cuti sekolah sudah bermula, mesti semua orang sudah lama bersiap sedia untuk bercuti, betul? Tapi saya terperap di rumah sepanjang cuti ini, hanya pada Hari Deepavali saya pergi ke rumah nenek saya dan rumah saudara saya. Duit raya pun lumayan juga. haha :P

Hari saje nak share tentang satu artikel yang saya jumpa tadi.....dari Mr. Google ni, tapi tak tahu lah betul atau tak...hehe, sorry ye! Ok, inilah artikel yang saya jumpa tu.

Rahsia Peribadi Mengikut Bentuk Gigi
JARANG DAN KECIL 
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah! 

BERSAIZ SEDERHANA DAN RATA 
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau!! 
Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka 
menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti 
tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. 
Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan? 

BESAR DAN JARANG 
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu 
sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. 
Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. 
Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. 
Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai 
kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya! 

JONGANG DAN KECIL 
Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada juga 
yang masih kelihatan manis dan cantik. Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih 
lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat 
dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya! 

JONGANG DAN BESAR 
Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang! 

TIDAK TERSUSUN 
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan 
giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya 
itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. 
Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik 
juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai 
membahagiakan orang lain. 

SEOLAH MASUK KE DALAM 
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa 
mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka 
tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu 
pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan 
rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka. 

KECIL DAN TERSUSUN 
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil 
dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong 
orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang 
memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

Ah, sekarang kamu semua dah tahu bukan. Bentuk gigi saya macam...macam...macam....eh, macam mana ya. Nanti kena tengok cermin ni, hihi :P Bye everyone

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Tuesday, 11 September 2012

The Best Class EVER !!!

Aaaaachiuuuuuu.....
Wah, lama juga saya tak buka blog ni. Sibuk la katakan (ialah tu). Haha, sebenarnya jadual sy ni memang padat dengan tuisyen, ulangkaji, jaga rumah, jaga adik-adik saya, buat kerja rumah, buat kerja sekolah.......wowwwww,banyaknya ! Nak taip pun penat, pheww. Maklumlah, peperiksaan akhir tahun dah dekat. Tahun depan PMR pula tu. Hisk, hishk :P

Sekarang ni, saya tengah cara yang paling efektif untuk belajar SEJARAH, sebab memang itulah satu-satunya subjek yang saya tak pernah dapat A. Memang pening juga belajar ni sebab kadang-kadang tak faham. Kalau minta tunjuk ajar, lagilah tak faham. Tak apa, apa yang saya boleh buat ialah berdoa-doa dan bersembahyang banyak-banyak minta kat Tuhan untuk menghalalkan ilmu dan pengetahuan yang saya pelajari dan memudahkan kemasukan perjalanan info-info penting tentang pelajaran ke otak saya (eh, bahasa apa yang saya gunakan ni ! )

Ok, nak cerita tentang apa, erk? Ahhhh.....saya tahu. Saya nak cerita tentang kelas saya iaitu 2 Alpha. Memang saya sangat bertuah sebab dapat masuk ke kelas itu. Cikgu-cikgu yang mengajar pun..... apa yang boleh dikatakan.....arghhh, best giler punya lar....hahaa ! Kawan -kawan pun semua gilerr. Sorry, kalau terasa, hihihihihi :) 

Sekarang ni kelas 2 Alpha memang dah popular sangat kat sekolah saya , (tapi saya tak popular,ok). Semasa ada majlis sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah di sekolah saya, memang best sangat! Boleh dikatakan yang kelas 2 Alpha 'rocks the stage' hari itu. Bawah ni ada video kelas saya buat persembahan untuk Hari Kemerdekaan (sorry, tak beberapa jelas). Kalau tak silap saya, guru kelas saya yang uploadkan video tu dalam Facebook.

Tekan Sini ! (jangan risau, tak ada virus)
Enjoylah tengok video ini. Jangan lupa komen tau ! Hehehe <3

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Sunday, 24 June 2012

Rindu




Wah, rindunya kat blog ni! Memanglah kan tak buka blog sampai seminggu, sebulan, setahun....errr, mana2 je la. Saya pun dah lupa---ngeee :P

Nak tulis tentang apa, erk? Kalau nak tulis tentang pencapaian saya di sekolah saya tak perlu lah, bukan orang nak ambil tahu pun. Ye ke? Bukan selalu saya dapat idea nak tulis dalam blog saya, kadang2 je. Nak bagitahu tentang hidup aku....hmmm, tak nak lah. Biar hidup aku tersembunyi dari dunia ni. Hehe!!!

Ahhh, biarlah saya kenalkan blog rakan-rakan sekelas saya. Macam ni tahulah juga tentang kawan2 saya ni.

Alia
Mimi
Fatehah
Eera

Selamat Mengembara Di Dunia Blog !


♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Friday, 9 March 2012

Results Are Out !

Hmmmm, post yang sebelum ini saya ada bagitahu nak inform result, kan? Nasib baik cikgu dah bagi semua markah Ujian Penilaian 1 tahun ini.

Jom kita sama-sama membesarkan mata untuk melihat markah-markahku di bawah!



Nampak ke? Kalau tak nampak klik je gambar tu, ok!

Itulah dia pencapaian saya untuk Ujian Penilaian 1 tahun ini. Lepas ni saya nak berusaha lagi untuk mendapatkan straight A's = 7A. Cantik nombor tu, hehe :P
Nota:-
Yang warna pink tu Form1 - Peperiksaan Akhir Tahun
Warna biru tu Form2 - Ujian Penilaian 1

 Babai 



♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Monday, 5 March 2012

Berhabuk Sampai Hidung Sumbat

Hmmmmm, lama sangat ke tak update blog ni. Masa saya masuk blog ni sangat berhabuk sampai hidung tersumbat. Errr,........ok, back to the point. Ya, memang betul lama sangat tak berupdate ni sebab saya lebih menumpukan perhatian saya terhadap pelajaran Tingkatan 2 saya. Padat juga jadual peribadi saya tahun ni. Penuh dengan tuisyen, ko-kurikulum, ulangkaji di rumah, study group di sekolah, bertugas di Pusat Sumber Sekolah lagi-lagi saya diberi tanggungjawab untuk menjaga rumah dan adik-adikku. Pheww ^_^ 

Peperiksaan Penilaian 1 baru tamat minggu lepas. Ahhh, nak tahu apa yang saya dapat! Tunggu dulu, ya. Lepas saya dapat semua markah matapelajaran baru saya akan bagitahu. Hehe :P
Hanya Kemahiran Hidup dan Geografi je belum dapat lagi. Cikgu-cikgu saya pergi bertugas di SMK Tanjung Rambutan kerana ada perlawanan bola sepak kat sana. Sekolah saya, SMK Bandar Baru Putra jadi tuan rumah tahun ni. Err, betul ke? Main tulis je budak ni!

Prestasi saya tahun ni meningkat juga daripada tahun lepas. Tahun lepas saya dapat 5A 1B 1C.
Sepert biasa saya dapat B dalam Bahasa Melayu. Jangan tanya saya kenapa, hehe! Saya dapat C dalam Sejarah sebab memang matapelajaran susah nak masuk otak saya tapi tahun ni improve sikit lah katakan. Dapat B, 76 %. Ok, lah tu! Daripada dapat C atau D. Hehe, sekarang korang dah tahu kan saya ni tak pandai dalam Sejarah.

Nanti masa cuti ni mungkin saya update blog tentang markah-markah saya dan kawan-kawan saya. Till then bye <3

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Friday, 27 January 2012

Oh, Cuti Sekolah!

Oh, cuti sekolah...
kau pergi mana....
saya belum bercuti lah......
boleh tak tunggu saya....
......lalalalalala......

eh, eh, apa benda aku tengah buat.....Abaikan sahaja benda kat atas tu!!
Cuti sekolah CNY seminggu pun dah nak habis. Mesti semua orang menghabiskan cuti sekolah mereka dengan melawati saudara mereka atau apa-apa je lah yang mereka buat masa cuti sekolah ini tetapi saya ini duduk rumah DUA PULUH EMPAT jam. Apa yang saya buat ialah

Buat kerja sekolah,
Buka Facebook,
Update Blog / Blog-Walking.....

Buat kerja sekolah,
Buka Facebook,
Update Blog / Blog-Walking.....

Buat kerja sekolah,
Buka Facebook,
Update Blog / Blog-Walking.....

Buat kerja sekolah,
Buka Facebook,
Update Blog / Blog-Walking.....

Buat kerja sekolah,
.........

Itu dia kerja si gadis empat belas tahun pada cuti sekolah seminggu ini. Fuhh, penat juga buat tiga kerja tu tau. Tetapi akhirnya saya dapat juga menyiapkan kerja sekolah saya sebelum cuti sekolah ini habis. Thumbs Up!!!



BYE <3



♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Tuesday, 24 January 2012

Hobiku

Hai, just nak share tentang hobi saya. Memang teruja apabila menerjah entri Kak Lyssa !!! Sekarang masa saya pula untuk menceritakan tentang hobiku. Ok, sebelum itu apa hobi saya sebenarnya? Hmmm, sebenarnya saya suka membaca novel dan buku-buku cerita.

Untuk pengetahuan anda semua *cehhh, skema ayatku......ok, back to the point, sebenarnya saya mempunyai pelbagai jenis buku. Nak tahu apa dia? Jom kita sama-sama tengok gambar-gambar dibawah...

Koleksi karya Enid Blyton

Koleksi komik

Koleksi siri Mr.Mystery

Koleksi siri Mr.Midnight

Koleksi Go Girl, Lola Love dan Charmseekers.

Hmmmmm, itu sahaja yang saya ada. Err, betul ke? Eh, mana ada lah ada lagi banyak! Nanti kang saya upload semua buku-buku saya, hmmm.......panjang 50 km pula jadinya. Nampak sangat tak minat sangat dengan buku cerita atau novel Bahasa Melayu. Cehh, takderr lah sebab kan selalunya satu novel BM pun mahal sangat, maksud saya lebih dari RM10. Bukan kedekut tapi tak cukup duit. Boleh derma??? Buku-buku di atas pun lebih kurang dalam RM10, paling mahal dalam koleksi saya ini RM10.90. Ialah mahal sangat lah tu......hihi : P

*sorry sebab gambar tak clear dan tak berkualiti.....


♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Monday, 23 January 2012

Correct Your Word #2

...Anothers set of words that you commonly mispronounced...

 mispronunciation: mis-pro-nun-see-ay-shun, not mis-pro-nown-see-ay-shun


nuclear: noo-klee-ur, not noo-kyu-lur

nuptial: nup-shul, not nup-shoo-al

primer: (schoolbook) prim-mer, not pry-mer

picture: pik-cher, not pit-cher

prescription: prih-skrip-shun, not per-skrip-shun

prerogative: pre-rog-a-tive, not per-rog-a-tive

peremptory: per-emp-tuh-ree, not pre-emp-tuh-ree

probably: prob-a-blee, not pra-lee or prob-lee

Realtor: reel-ter, not ree-la-ter

supposedly: su-pos-ed-lee, not su-pos-ab-lee

spurious: spyoor-ee-us, not spur-ee-us

tenet: ten-it, not ten-unt

ticklish: tik-lish, not tik-i-lish

triathlon: try-ath-lon, not try-ath-a-lon

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Happy Chinese New Year


Hmmmm, for you  information, Chinese New Year ( CNY ) holiday had started from yesterday. Some schools gave one week holiday for this CNY but some schools gave less than four days. Errr, betul ke? Apa-apa je la, depends on your school. By the way, I would like to wish a great Happy Chinese New Year to those who celebrate.




Well, in my school they gave us one week holiday for this CNY and my school will open on 30th January. Of course my teachers will give homeworks to be done in this holiday. As I mentioned my homeworks on this post. I have finished almost everything except Bahasa Melayu ( got 3 more Bahan Rangsangan to be done) and .....that's all. I will not forget the responsibility of a student even I'm on holiday. Actually, I didn't go anywhere yet this holiday.

If any of you enjoyed your CNY holidays with your family and friends, do share it with me, ok. Isn't Sharing Is Caring? If you're a  blogger, it's a must to share your holidays with other bloggers, so, I will have a chance to comment your entries. If you're not a blogger, it's okay. Just share it with me at Facebook. As a Facebook-er, I will LIKE and leave a COMMENT. Wow, a 14 year old teenage girl have so much of responsibility!!!! Not daydreaming again!!!! OMG!!

Wah, boleh juga saya tulis entry dalam Bahasa Inggeris! Selalunya tulis entry dalam Bahasa Melayu, just untuk hari ini special sikit, tulis entry dalam-->English Language<--! Aihhhh, bila lah nak mula tulis novel. Ingin sangat nak tulis novel tapi ........eh, masa bila pula saya berangan-angan nak jadi 'NOVELIS' pula.....Puncanya, selepas baca novel 'Sekiranya Aku Menjadi Novelis' ! Haha...



Itu sahaja untuk sekarang, nak siapkan kerja sekolah pula. Bye !!


♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Sunday, 22 January 2012

Silent Sunday #1 - Rules For Being A Good Disney Sidekick

Just Want To Share This !





♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Saturday, 21 January 2012

Sekiranya Aku Menjadi Novelis....

Ahhh, best tak tajuk hari ini ? Ini sebenarnya tajuk sebuah novel yang baru dipinjam, hari Jumaat-19 Januari 2012.



Nak tahu sinopsisnya....Jom kita baca sama-sama!
Semangatnya tidak pernah pudar walaupun sebelum ini idea yang dinantikan tidak kunjung tiba. Namun, sekali sahaja dia mengetik membina ayat, bagai air mengalir deras tidak mahu berhenti.

Benar kata Serina Sahlan, menulislah dengan penuh semangat dan ketulusan. Paling penting jangan menyerah kalah andai menemui kegagalan dan ketandusan idea. Seorang penulis perlu menentang cabaran itu.

Hati Aida berbunga riang. Kegembiraannya bagai sekawan kupu-kupu terbang di taman bunga. Riak wajahnya tidak pernah lekang daripada senyuman. Masakan tidak, debaran terus bertamu menunggu detik penerbitan novel akan tiba.

Saya dah habis baca novel ini, memang best! Sekarang tak sabar pula nak baca novel kat bawah ni...
Just wait for it >>>>>> Bye

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Correct Your Word

... A few words that you commonly mispronounced ...
aegis: ee-jis, not ay-jis

asterisk: as-ter-isk, not as-ter-ik

alumnae: a-lum-nee, not a-lum-nay

archipelago: ar-ki-PEL-a-go, not arch-i-pel-a-go

athlete: ath-leet, not ath-a-leet

candidate: kan-di-dayt, not kan-i-dayt

chimera: kiy-MEER-a, not CHIM-er-a

disastrous: di-zas-tres, not di-zas-ter-es

electoral: e-LEK-tor-al, not e-lek-TOR-al

etcetera: et-set-er-a, not ek-set-er-a

lambaste: lam-bayst, not lam-bast

larvae: lar-vee, not lar-vay

library: li-brar-y, not li-bar-y

mischievous: MIS-che-vus, not mis-CHEE-vee-us 

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...