Navigations

♥ Recent Posts ♥

Monday 5 March 2012

Berhabuk Sampai Hidung Sumbat

Hmmmmm, lama sangat ke tak update blog ni. Masa saya masuk blog ni sangat berhabuk sampai hidung tersumbat. Errr,........ok, back to the point. Ya, memang betul lama sangat tak berupdate ni sebab saya lebih menumpukan perhatian saya terhadap pelajaran Tingkatan 2 saya. Padat juga jadual peribadi saya tahun ni. Penuh dengan tuisyen, ko-kurikulum, ulangkaji di rumah, study group di sekolah, bertugas di Pusat Sumber Sekolah lagi-lagi saya diberi tanggungjawab untuk menjaga rumah dan adik-adikku. Pheww ^_^ 

Peperiksaan Penilaian 1 baru tamat minggu lepas. Ahhh, nak tahu apa yang saya dapat! Tunggu dulu, ya. Lepas saya dapat semua markah matapelajaran baru saya akan bagitahu. Hehe :P
Hanya Kemahiran Hidup dan Geografi je belum dapat lagi. Cikgu-cikgu saya pergi bertugas di SMK Tanjung Rambutan kerana ada perlawanan bola sepak kat sana. Sekolah saya, SMK Bandar Baru Putra jadi tuan rumah tahun ni. Err, betul ke? Main tulis je budak ni!

Prestasi saya tahun ni meningkat juga daripada tahun lepas. Tahun lepas saya dapat 5A 1B 1C.
Sepert biasa saya dapat B dalam Bahasa Melayu. Jangan tanya saya kenapa, hehe! Saya dapat C dalam Sejarah sebab memang matapelajaran susah nak masuk otak saya tapi tahun ni improve sikit lah katakan. Dapat B, 76 %. Ok, lah tu! Daripada dapat C atau D. Hehe, sekarang korang dah tahu kan saya ni tak pandai dalam Sejarah.

Nanti masa cuti ni mungkin saya update blog tentang markah-markah saya dan kawan-kawan saya. Till then bye <3

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

0 awards:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...