Navigations

♥ Recent Posts ♥

Tuesday 11 September 2012

The Best Class EVER !!!

Aaaaachiuuuuuu.....
Wah, lama juga saya tak buka blog ni. Sibuk la katakan (ialah tu). Haha, sebenarnya jadual sy ni memang padat dengan tuisyen, ulangkaji, jaga rumah, jaga adik-adik saya, buat kerja rumah, buat kerja sekolah.......wowwwww,banyaknya ! Nak taip pun penat, pheww. Maklumlah, peperiksaan akhir tahun dah dekat. Tahun depan PMR pula tu. Hisk, hishk :P

Sekarang ni, saya tengah cara yang paling efektif untuk belajar SEJARAH, sebab memang itulah satu-satunya subjek yang saya tak pernah dapat A. Memang pening juga belajar ni sebab kadang-kadang tak faham. Kalau minta tunjuk ajar, lagilah tak faham. Tak apa, apa yang saya boleh buat ialah berdoa-doa dan bersembahyang banyak-banyak minta kat Tuhan untuk menghalalkan ilmu dan pengetahuan yang saya pelajari dan memudahkan kemasukan perjalanan info-info penting tentang pelajaran ke otak saya (eh, bahasa apa yang saya gunakan ni ! )

Ok, nak cerita tentang apa, erk? Ahhhh.....saya tahu. Saya nak cerita tentang kelas saya iaitu 2 Alpha. Memang saya sangat bertuah sebab dapat masuk ke kelas itu. Cikgu-cikgu yang mengajar pun..... apa yang boleh dikatakan.....arghhh, best giler punya lar....hahaa ! Kawan -kawan pun semua gilerr. Sorry, kalau terasa, hihihihihi :) 

Sekarang ni kelas 2 Alpha memang dah popular sangat kat sekolah saya , (tapi saya tak popular,ok). Semasa ada majlis sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah di sekolah saya, memang best sangat! Boleh dikatakan yang kelas 2 Alpha 'rocks the stage' hari itu. Bawah ni ada video kelas saya buat persembahan untuk Hari Kemerdekaan (sorry, tak beberapa jelas). Kalau tak silap saya, guru kelas saya yang uploadkan video tu dalam Facebook.

Tekan Sini ! (jangan risau, tak ada virus)
Enjoylah tengok video ini. Jangan lupa komen tau ! Hehehe <3

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

0 awards:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...