Navigations

♥ Recent Posts ♥

Thursday, 15 November 2012

Bentuk Gigi Menentukan Siapakah Anda ?

Hai semua. Hari ini adalah pagi yang indah, bukan? eh, dah pukul 1 tengah hari lebih, masih lagi pagi....Haha biasalah. Maklumlah cuti sekolah sudah bermula, mesti semua orang sudah lama bersiap sedia untuk bercuti, betul? Tapi saya terperap di rumah sepanjang cuti ini, hanya pada Hari Deepavali saya pergi ke rumah nenek saya dan rumah saudara saya. Duit raya pun lumayan juga. haha :P

Hari saje nak share tentang satu artikel yang saya jumpa tadi.....dari Mr. Google ni, tapi tak tahu lah betul atau tak...hehe, sorry ye! Ok, inilah artikel yang saya jumpa tu.

Rahsia Peribadi Mengikut Bentuk Gigi
JARANG DAN KECIL 
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah! 

BERSAIZ SEDERHANA DAN RATA 
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau!! 
Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka 
menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti 
tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. 
Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan? 

BESAR DAN JARANG 
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu 
sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. 
Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. 
Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. 
Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai 
kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya! 

JONGANG DAN KECIL 
Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada juga 
yang masih kelihatan manis dan cantik. Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih 
lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat 
dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya! 

JONGANG DAN BESAR 
Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang! 

TIDAK TERSUSUN 
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan 
giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya 
itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. 
Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik 
juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai 
membahagiakan orang lain. 

SEOLAH MASUK KE DALAM 
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa 
mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka 
tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu 
pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan 
rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka. 

KECIL DAN TERSUSUN 
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil 
dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong 
orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang 
memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

Ah, sekarang kamu semua dah tahu bukan. Bentuk gigi saya macam...macam...macam....eh, macam mana ya. Nanti kena tengok cermin ni, hihi :P Bye everyone

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

6 awards:

❤farahin izzati❤ said...

membaca entri ini sambil tengok gigi kat cermin hehe..

Vaishnavi said...

@❤farahin izzati❤ haha, sy pun sama :)

Ernie Widhyharti said...

opps, gigi sy jongang dan besar. haha

Vaishnavi said...

@Ernie WidhyhartiThanks for sharing. Sy punya bersaiz sederhana dan rata.... :)

faie mohamad said...

erkk.. saya pn xsure gigi sy jnis mcm mane. nak kata besar, kecik jugak. jongang pun tak. rata pun tak.. haha

Vaishnavi said...

@faie mohamad Thanks for sharing :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...