Navigations

♥ Recent Posts ♥

Wednesday 26 December 2012

Joy And Fear At The Same Time

Hai, apa khabar semua? Harap-harap semua pembaca dan bloggers sihat. Hmm, sebenarnya saja nak share sikit pandangan saya terhadap tahun depan ( 2013 ). Mungkin ni ialah post terakhir untuk tahun ni.

Hmm, cuti sekolah hampir nak habis, nanti kena pergi sekolah tak lama lagi. Mesti tak sabar kan nak pergi sekolah. Baju baru, beg sekolah baru, kotak pensel baru, semua barulah katakan. Ish, macam pemboros pula ayat tu! Hahaha. Ya lah, dah lah beg sekolah saya dah berlubang, buku pun boleh ambil dari lubang tu. Haishhhh !!!

Tak sabar nak beli barang untuk sekolah nanti. Eh, baru nak beli ke? Hehehe. Biasalah tu. Last minute preparation. Buku sekolah pun belum balut lagi, erghhh, nanti nak balut lah ni :P Hanya baju sekolah je dah beli. Dalam checklist untuk persiapan ke sekolah, banyak yang belum di-check lagi. Nanti selepas pergi shopping hari Jumaat ni, baru kena check-kan barang sekolah dalam checklist saya tu.

Hm, walaupun saya tak sabar nak pergi ke sekolah, tapi rasa macam takut sikit sebab tahun depan saya PMR. Ya lah, Sejarah, KH (4) dan Geografi saya belum cover lagi. Takut. Tapi saya tahu saya boleh buat. Ya, saya boleh. Cuma saya kena berusaha sikit lagi untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Nak cipta sejarah ni sebab kan PMR tahun 2013 adalah tahun yang terakhir adanya PMR. So, Team98 lah batch terakhir yang akan menduduki PMR. 

Apa lagi Batch98's, jom lah kita bersama-sama mencipta sejarah tahun depan dengan keputusan yang cemerlang untuk masa depan kita dan ibu bapa kita yang menaruh harapan yang tinggi terhadap kita. 
Kan, kan ? Hehehe.

Moh Kita Ke Sekolah :)

p/s : Yang atas ni saja je :P Peace.

♥ Thank You For Reading My Entry. Komen Dan Like Sekali, Kalau Suka! ♥

2 awards:

PixieChronicle said...

Have a good 2013 ahead.

By the way, what is your course? Just curious. Although I can't understand your language in your blog, I used the translator to read it.

Nonetheless, I have an ongoing giveaway, check it out at http://www.pixiechronicle.com/2012/12/pixiechroniclecom-new-year-giveaway-2013.html

Thanks!

rhombus. said...

@PixieChronicle Thanks for the invite :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...